2 Mar 2015

Luahan hati Hanis Zalikha mengenai isu bertudung

Setelah mendengar desas desus reaksi daripada peminatnya, pelakon dan juga blogger, Hanis Zalikha telah memuat naik luahan hatinya mengenai isu ini.




Sebelum saya jadi isteri orang tahun ini, biarlah saya gembirakan ibu bapa dulu dengan menutup aurat. Sebenarnya tak berapa seronok nak cakap banyak mengenai penghijrahan ini sebab saya buat atas tuntutan agama. Saya taknak ulas banyak-banyak sangat pun cuma apa yang boleh saya katakan, ini (berhijab) adalah doa dan galakan ibu bapa saya. 
Mereka selalu suarakan hasrat untuk melihat saya bertudung. Pernah juga saya cuba-cuba belajar dengan bertudung bila keluar dengan mereka cuma saya tak ambil gambar dan berkongsi kepada umum. Hari ini (semalam) saya rasa ia adalah masa yang tepat selepas semua komitmen seni saya selesai, jadi saya nak mulakan yang baru. 
Saya masih diri saya seperti dulu. Cuma sekrang mulai bertudung untuk menyempurnakan aurat. Lain-lain aspek itu saya akan belajar sedikit demi sedikit.
 Ini kerana ada beberapa reaksi negatif daripada peminat yang mempersoalkan tindakan Hanis untuk bertudung hanya kerana ingin berkahwin. Hanis juga turut memuat naik luahan hati yang sama di laman instagramnya.

hanis zalikha bertudung

Kepada peminat Hanis Zalikha, tak perlulah nak berikan reaksi yang negatif. Apa kata kita doakan semoga perubahan yang dibawa Hanis Zalikha ini bekekalan dan mendapat redha Allah SWT.





1 comment:

  1. Bagus.Saya pun doakan agar berkekalan dan mendapat redha Allah s.w.t ^^

    http://senanglukis.blogspot.com

    ReplyDelete