29 Mar 2015

Awal Ashaari terselamat dari kemalangan dengan kecederaan ringan


KUALA LUMPUR: Scha Alyahya, isteri pengacara Awal Ashaari berkata suaminya dalam keadaan baik di Hospital Besar Melaka.

Kira-kira jam 11.15 pagi tadi, kereta BMW 6 Series yang dipandu rakan Awal rosak teruk selepas terbabit nahas berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh ketika mereka dalam perjalanan ke Melaka.

Awal dan Izuan dalam perjalanan ke Karnival Jom Heboh, Melaka untuk mengacarakan Melodi secara langsung.

"Alhamdulillah awal dalam keadaan baik dan stabil. Tiada kecederaan teruk. Walaupun kereta dia rosak teruk, Tuhan masih melindunginya," kata Scha yang diberi pelepasan oleh pengarah untuk melawat Awal di hospital.



Ketika ini Scha sedang menjalani penggambaran telefilem Nota Cinta terbitan Suhan Movies arahan Azma Aizal Yusof di ibu kota. -Sumber : BH Online-


Read more ...

4 Mar 2015

Labi-labi bersenggama dengan roller blade


Labi-labi bersenggama dengan roller blade | Terkejut jugak SirihPinang bila tengok video ni. Boleh dikatakan censored jugak. Kalau malam-malam hari dengar bunyi macam ni memang kecut perut rasanya.



Mohon anak-anak yang diabawah umur untuk tengok dengan pengawasan ibu bapa. Hanya sekadar untuk menambah pengetahuan okay kot. Haha.




Read more ...

2 Mar 2015

Luahan hati Hanis Zalikha mengenai isu bertudung

Setelah mendengar desas desus reaksi daripada peminatnya, pelakon dan juga blogger, Hanis Zalikha telah memuat naik luahan hatinya mengenai isu ini.




Sebelum saya jadi isteri orang tahun ini, biarlah saya gembirakan ibu bapa dulu dengan menutup aurat. Sebenarnya tak berapa seronok nak cakap banyak mengenai penghijrahan ini sebab saya buat atas tuntutan agama. Saya taknak ulas banyak-banyak sangat pun cuma apa yang boleh saya katakan, ini (berhijab) adalah doa dan galakan ibu bapa saya. 
Mereka selalu suarakan hasrat untuk melihat saya bertudung. Pernah juga saya cuba-cuba belajar dengan bertudung bila keluar dengan mereka cuma saya tak ambil gambar dan berkongsi kepada umum. Hari ini (semalam) saya rasa ia adalah masa yang tepat selepas semua komitmen seni saya selesai, jadi saya nak mulakan yang baru. 
Saya masih diri saya seperti dulu. Cuma sekrang mulai bertudung untuk menyempurnakan aurat. Lain-lain aspek itu saya akan belajar sedikit demi sedikit.
 Ini kerana ada beberapa reaksi negatif daripada peminat yang mempersoalkan tindakan Hanis untuk bertudung hanya kerana ingin berkahwin. Hanis juga turut memuat naik luahan hati yang sama di laman instagramnya.

hanis zalikha bertudung

Kepada peminat Hanis Zalikha, tak perlulah nak berikan reaksi yang negatif. Apa kata kita doakan semoga perubahan yang dibawa Hanis Zalikha ini bekekalan dan mendapat redha Allah SWT.


Read more ...

Unik | Pengantin berarak menggunakan van antik dan barisan lori


Kalau semalam SirihPinang ada berkongsi dengan pembaca tentang pengantin yang bersanding didalam Bas Rapid Penang, hari ini pulak kita tengok pengantin yang berarak menggunakan van antik.

Wah sekarang ni berlumba-lumba pasangan pengantin nak mencipta sejarah dan kelainan di bahagia mereka kan.

SirihPinang mengucapkan semoga pasangan pengantin yang berasal dari Kampung Gajah Putih, Kedah ini berbahagia hingga ke anak cucu.





Haa jom pakat terjah SINI atau SINI pulak!
Read more ...

28 Feb 2015

Unik | Pengantin bersanding didalam Bas Rapid Penang

Tengok SINI pulak!

Sepasang pengantin di Pulau Pinang mengambil satu keputusan yang unik apabila mereka mengadakan majlis persandingan mereka didalam sebuah kenderaan awam, iaitu bas rapid Penang.

Pasangan ini dikatakan mempunyai memori cinta didalam bas awam berkenaan.

SirihPinang mengucapkan semoga ikatan yang dibina kedua pengantin ini sentiasa diberkati Allah SWT.








Read more ...

Nama anak kedua Tomok, Andrashah Iman

Tengok SINI pulak!

Setelah berkongsikan berita kelahiran anak lelaki keduanya semalam, hari ini tomok berkongsi pula nama yang diberi buat putera keduanya ini.

Berita tersebut dikongsikan di laman instagram Tomok sendiri setelah dirinya dan isteri, Siti Rahayu bersepakat untuk menamakan anak mereka dengan nama Andrashah Iman bin Shah Indrawan. 


Berita baik ini telah mandapat perhatian ramai peminatnya dan mendapat reaksi yang positif dan tidak kurang juga yang memuji kecomelan bayi itu.

Buat pengetahuan peminat tomok, ini adalah tahun ketiga perkahwinan mereka setelah diijabkabul pada 1 Julai 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata. Yang pertaman bernama Arrianshah Akid.


Read more ...

Kejutan Lara Alana ke Istanbul untuk bertemu ibunya, Scha al-Yahya

Tengok SINI pulak!

Berjauhan dengan anak yang masih kecil merupakan sesuatu yang agak sukar bagi seorang ibu. Namun itulah yang terpaksa ditempuh oleh Scha al-Yahya apabila terpaksa meninggalkan anaknya, Lara Alana di Malaysia bersama dengan bapanya, Awal Ashaari untuk ke Istanbul kerana mempunyai sesi fotografi.

Bagaimanapun, Awal telah membuat kejutan untuk Scha apabila dia mengambil keputusan untuk membawa Lara ke Istanbul tanpa pengetahuan Scha.

Ibu mana yang tak terkejut kan kalau suami membuat kejutan dengan membawa anaknya yang dirindui datang dari jauh semata-mata untuk lepaskan kerinduan. Dan mereka juga turut berkongsikan saat-saat gembira dan bahagia tersebut bersama peminat.

Jom tengok gambar keluarga bahagia ni.

Awal Ashaari Bawa Lara Alana Ke Istanbul Jumpa Scha al-Yahya - ROTIKAYA20150228_0767


Awal Ashaari Bawa Lara Alana Ke Istanbul Jumpa Scha al-Yahya - ROTIKAYA20150228_0779

Awal Ashaari Bawa Lara Alana Ke Istanbul Jumpa Scha al-Yahya - ROTIKAYA20150228_0774

Awal Ashaari Bawa Lara Alana Ke Istanbul Jumpa Scha al-Yahya - ROTIKAYA20150228_0777

Awal Ashaari Bawa Lara Alana Ke Istanbul Jumpa Scha al-Yahya - ROTIKAYA20150228_0775

Awal Ashaari Bawa Lara Alana Ke Istanbul Jumpa Scha al-Yahya - ROTIKAYA20150228_0770

Awal Ashaari Bawa Lara Alana Ke Istanbul Jumpa Scha al-Yahya - ROTIKAYA20150228_0768

Awal Ashaari Bawa Lara Alana Ke Istanbul Jumpa Scha al-Yahya - ROTIKAYA20150228_0771

Awal Ashaari Bawa Lara Alana Ke Istanbul Jumpa Scha al-Yahya - ROTIKAYA20150228_0772



Awal Ashaari Bawa Lara Alana Ke Istanbul Jumpa Scha al-Yahya - ROTIKAYA20150228_0766




Read more ...